Saturday, May 28, 2011

Mencari ketenangan jiwa??

Bagaimanakah mahu diri ini untuk mencari ketenangan dalam diri.....
ada beberapa cara :-


yang digalakkan
-ada orang yang suka mencarinya dengan membaca ayat2 suci Al-quran dan berzikir
-ada yang suka melawat tempat2 yg menenangkan jiwa dan menyejukkan mata
-ada org menjadi tenang bila melawat anak2 yatim
-ada org yg suka ke masjid dan bersedekah agar jiwa ikhlas dan tenang
-pandang ke awan dan mengagumi kebesaran Allah


yang patut dijauhi
-berkaraoke sampai x igt dunia
-melakukan kemaksiatan
-menzalimi org lain atau membuli
-menonton aksi lucah


Namun apa jenis ketenangan yang boleh membuatkan kita tenang??


Mari kita renung sejenak cara Islam yg berkesan utk menenangkan jiwa seperti Imam Al-Ghazali..

telah berkata Sheikh Ali Jumaah (Ulama' Mesir) mengenai pengertian tasawwuf dan tareqat:

"Tasawwuf adalah manhaj tarbiyah ruhiyyah dan sulukiyyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan..

Maka tasawwuf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri..



Berkata Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori:

(yang bermaksud) : "Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang abadi."

rujukan : Kitab Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi.



Berkata al-Imam Junaid :

(yang bermaksud) : "Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkahlaku yang rendah lagi di keji."

rujukan : Kitab Nusrah al-Nabawiyyah.





Dengan ini jelaslah Islam adalah agama yg sudah mengajar kita dari A sampai Z kehidupan.. bkn sahaja ibadah.. namun segenap pelusuk kehidupan juga diajarkan kepada kita.. bersyukurku dan beruntung sekali dari kecil memeluk agama ini. Alhamdulillah...


Terpulang kepada kita lah utk memilih cara utk menenangkan diri.. namun dalam islam sudah diajarkannya juga... wallahua'lam... wal iyya dzubillah...

Sunday, May 22, 2011

Bijaknya yahudi menipu kita!!! kenapa kita masih tertipu dan sanggup menipu?

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.





Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" 

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita. 



1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 


 5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. 


Saturday, May 21, 2011

7 lapisan OSI proses bagi penghantaran dan penerimaan data

Penghantaran Data



1. Application
-Menukarkan data kepada format protokol
2. Presentation
-Menukarkan data kepada piawai dan melakukan enkripsi
3.  Session
-Memulakan komunikasi data
4. Transport
-Data dipecahkan kepada beberapa segmen
-Setiap segmen disusun mengikut jujukan yang berturutan
5. Network
-Memasukkan network header kepada segmen data
-Network header alamat penerima dan penghantar
6. Data Link
-Memasukkan frame header dan frame trailer kepada segmen yang diterima dari lapisan yang ke-3
-Menukarkan data kepada bentuk bit2 untuk dihantar ke lapisan 1
7. Physical
-Melakukan transmisi data menerusi media rangkaian dalam format bit


















Penerimaan Data
Prosesnya diterbalikkan dari no.7 ke no. 1 bagi memproses data ke bentuk asal

7. Physical
-Menerima data menerusi media rangkaian dalam format bit
6. Data Link
-Menukarkan bit2 data dari lapisan 1 kepada packet
-Melakukan semakan data ke atas yang diterima dari layer 1 untuk mengesan sebarang kerosakan fizikal yang mungkin berlaku
5. Network
-Packet akan disemak pada network header untuk menentukan ia telah sampai ke destinasinya
-Sekiranya betul packet akan dihantar ke lapisan 4, jika tidak ia akan ke lapisan 2 semula
4. Transport
-Semakan ralat pada setiap segmen yang diterima
-Segmen2 akan digabungkan semula mengikut jujukan
3. Session
-Mengakhiri komunikasi data
2. Presentation
Melakukan nyahenkripsi (unencryption) dan menyahformat bentuk piawai yang terdapat pada data
1. Application
-Menyahformat protokol bagi format protokol data yang digunakan

petua imam syafie

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, May 16, 2011

Sejarah hidup Al-Imam Abu Hassan Al-Asy'ari

Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada mulanya mengikuti fahaman Muktazilah sehingga umur 40 tahun. Namun kemudian setelah sekian lama ,menjadi tokoh Muktazilah dan sentiasa mewakili gurunya Abu Ali al-Jubba’I di dalam forum-forum perdebatan, akhirnya al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada aliran Muktazilah dan kembali kepada ajaran Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Pertanyaan yang patut dikemukakan di sini adalah, apakah yang menyebabkan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada fahaman Muktazilah dan kembali kepada ajaran yang sebenar iaitu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
Menurut fakta sejarah yang didapati di dalam kitab-kitab para alim ulama’ seperti al-Hafiz Ibn Asakir al-Dimasyqi, Syamsuddin Ibn Khallikan, al-Imam Tajuddin al-Subki dan lain-lain. Apabila diteliti fakta sejarah, maka kita mendapati al-Imam Abu al-Hassan keluar daripada fahaman sonsang Muktazilah kerana dua sebab.
PERTAMA:
Kerana ketidakpuasan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari terhadap pemikiran Muktazilah yang selalu mendahulukan hujjah akal dan dapat dipatahkan dengan hujjah akal yang sama. Ketidakpuasan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tersebut dapat dilihat dengan memperhatikan beberapa sebab. Terdapat riwayat yang lain mengatakan sebelum al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada aliran songsang Muktazilah, beliau tidak keluar dari rumah selama lima belas hari. Kemudian pada hari Jumaat, beliau keluar dari rumah dan menuju ke Masjid Jami’ dan naik ke atas mimbar dan berpidato: “Sebenarnya saya telah menghilangkan diri dari kalian selama lima belas hari. Selama itu, saya telah meneliti dalil-dalil semua ajaran yang ada. Ternyata saya tidak menemukan dalil jalan keluar. Dalil yang satu tidak lebih kuat dari dalil yang lain. Lalu saya memohon kepada Allah ta`ala dan ternyata Allah ta`ala telah memberikan petunjuk-Nya kepadaku untuk meyakini apa yang saya tulis di dalam beberapa kitab ini. Mulai saat ini, saya membuang semua ajaran yang saya yakini selama ini (Muktazilah)”.
Kemudian al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari memberi beberapa kitab yang ditulisnya itu berdasarkan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah kepada orang-orang di sana. Di antaranya adalah kitab al-Luma` fi al-Radd `ala Ahl al-Zaygh wa al-Bida’, kitab yang membahaskan mengenai kekeliruan fahaman Muktazilah iaitu kitab Kasy al-Astar Wa Hatk al-Asrar dan kitab-kitab lain. Setelah kitab-kitab tersebut dibaca oleh ulama’-ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah daripada kalangan ahli hadith dan fuqaha, maka mereka mengambil isinya, meyakini kehebatan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`arid an menjadikannya sebagai ikutan.[1]

Ketidakpuasan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dengan fahaman songsang Muktazilah tersebut dapat dilihat dengan memerhatikan riwayat lain yang menyatakan perdebatan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dengan bekas gurunya Abu Ali al-Jubba’i.
Pada suatu ketika al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah berdebat dengan al-Jubba’I,
Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari,
“Bagaimana pendapatmu tentang nasib tiga orang yang meninggal dunia, satunya mukmin, satunya orang kafir dan yang satu lagi anak kecil?”
Al-Jubba’i,
“Orang mukmin akan memperoleh darjat yang tinggi, orang kafir akan celaka dan anak kecil akan selamat”.
Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari,
“Mungkinkah anak kecil tersebut meminta darjat yang tinggi kepada Allah?”.
Al-Jubba’i,
“Oh, tidak mungkin kerana Allah akan berkata kepada anak kecil itu, “Orang mukmin itu memperolehi darjat yang tinggi kerana amalnya, sedangkan kamu belum sempat beramal. Jadi kamu tidak dapat memperolehi darjat itu”.
Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari,
“Bagaimana kalau anak kecil itu meminta kepada Allah dengan berkata, “Tuhan, demikian itu bukan salahku. Seandainya Engkau memberiku umur yang panjang, tentu aku akan beramal seperti orang mukmin itu”.
Al-Jubba’i,
“Oh, tidak boleh, Allah akan menjawab, “Oh, bukan begitu, kerana Aku sudah mengetahui bahawa apabila kamu diberikan umur panjang, maka kamu akan derhaka, sehingga kamu akan diseksa. Oleh itu, Aku mematikan kamu sewaktu engkau kecil sebelum kamu mencapai usia taklifi (iaitu wajib mengikut perintah Allah)”.
Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari,
“Bagaimana seandainya orang kafir itu meminta kepada Allah dengan berkata, “Tuhan, Engkau mengetahui masa depan anak kecil itu dan juga masa depanku. Tetapi kenapa Engkau tidak mematikan aku sewaktu kecil dulu, sehingga aku tergolong dalam golongan orang yang selamat seperti anak kecil itu, dan mengapa Engkau biarkan aku hidup hingga dewasa sehingga aku menjadi orang kafir dan akhirnya aku diseksa seperti sekarang ini?”.
Mendengar pertanyaan al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari ini, al-Jubba’i menghadapi jalan buntu dan tidak mampu memberikan jawapan. Al-Jubba’i hanya berkata: “Kamu hanya bermaksud merosak keyakinan yang telah ada”.
Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari,
“Aku tidak bermaksud merosak keyakinan yang selama ini anda yakini, akan tetapi, guru tidak mampu menjawab pertanyaanku”.

KEDUA
Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam pada permulaan bulan Ramadhan. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tidur dan bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Baginda berkata: “Wahai Ali, tolonglah pendapat-pendapat yang diriwayatkan dariku, kerana itu yang benar”.
Setelah terbangun, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari merasakan mimpi itu sangat berat dalam fikirannya. Dia terus memikirkan apa yang dialaminya dalam mimpi tersebut. Pada pertengahan bulan Ramadhan, dia bermimpi lagi bertemu dengan Rasullah sallallahu`alaihi wasallam, dan baginda berkata: “Apa yang kamu lakukan dengan perintahku dulu? Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari berkata: “Aku telah memberikan pengertian yang benar terhadap pendapat-pendapat yang diriwayatkan darimu”. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berkata: “Tolonglah pendapat-pendapat yang diriwayatkan dariku, kerana itu yang benar”.
Setelah terbangun dari tidurnya, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari berasa sangat terbeban dengan mimpi tersebut. Sehingga dia terfikir untuk meninggalkan ilmu kalam. Dia akan mengikuti hadith dan terus membaca al-Quran. Tetapi, pada malam 27 Ramadhan, keadaannya tidak seperti biasa, rasa mengantuk begitu hebat menyerangnya sehingga dia pun tertidur dengan rasa kesal di dalam hatinya, kerana kebiasaannya beliau tidak tidur malam untuk beribadah kepada Allah ta`ala. Di dalam tidurnya itu, beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam untuk kali ketiganya. Nabi sallallahu`alaihi wasallam berkata: “Apa yang kamu lakukan dengan perintahku dulu? Ia menjawab: “Aku telah meninggalkan ilmu kalam, dan aku memberi tumpuan dengan tekun kepada al-Quran dan hadith”. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berkata: “Aku tidak menyuruhmu meninggalkan ilmu kalam, tetapi aku hanya memerintahkan kamu menolong pendapat-pendapat yang diriwayatkan dariku, kerana itu yang benar”. Ia menjawab: “Wahai Rasulullah, bagaimana aku mampu meninggalkan mazhab yang telah aku ketahui masalah-masalah dan dalil-dalilnya sejak tiga puluh tahun yang lalu hanya kerana mimpi?”. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berkata: “Seandainya aku tidak tahu bahawa Allah akan menolongmu dengan pertolongan-Nya, tentu aku menjelaskan kepadamu semua jawapan masalah-masalah (ajaran Muktazilah) itu. Bersungguh-sungguhlah kamu dalam masalah ini, Allah akan menolongmu dengan pertolongan-Nya”.
Setelah bangun daripada tidur, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari berkata: “Selain kebenaran pasti hanya kesesatan”. Lalu dia mulai membela hadith-hadith yang berkaitan dengan ru’yah (melihat Allah di hari akhirat), syafaat dan lain-lain. Ternyata setelah itu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mampu memaparkan kajian-kajian dan dalil-dalil yang belum pernah dipelajarinya dari seorang guru, tidak dapat dibantah oleh pihak lawan dan belum pernah dibacanya di dalam suatu kitab.[2]

AKTIVITI BARU AL-IMAM ABU AL-HASSAN AL-ASY`ARI SETELAH BERTAUBAT DARIPADA FAHAMAN SONGSANG MUKTAZILAH

Pada saat al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengikuti fahaman songsang Muktazilah, aktiviti beliau hanya mengarang kitab-kitab yang membela ajaran sesat Muktazilah. Dan kadang-kadang beliau mewakili gurunya Abu Ali al-Jubba’i di dalam forum-forum perdebatan menghadapi tokoh-tokoh di luar Muktazilah. Kini, setelah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari keluar daripada fahaman Muktazilah dan kembali kepada Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, aktiviti yang beliau lakukan semakin bertambah. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari mengisi masanya dengan mengajar ilmu akidah di Masjid Jami’ di Kota Basrah yang dipenuhi golongan pelajar dari pelbagai penjuru.[3]
Di samping itu, aktiviti beliau juga dengan menjawab pelbagai pertanyaan yang datang dari berbagai daerah. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari juga mengisi aktivitinya dengan menghadiri majlis-majlis ahli bid`ah dan melakukan perdebatan dengan mereka, perbuatan ini belum pernah dilakukan oleh ulama’ sunni sebelumnya.
Pada masa pemerintahan khalifah al-Makmun, al-Mu’tashim dan al-Watsiq, kaum Muktazilah berhasil menjalinkan hubungan dengan khalifah untuk menyebarkan fahaman Muktazilah tentang kemakhlukan al-Quran melalui kekusaan khalifah tersebut, sehingga berlaku tragedy sejarah yang disebut dengan mihnah al-Quran. Sementara al-Imam Ahmad bin Hanbal, yang mewakili tokoh sunni pada saat itu, kerana didorong oleh sifat wara’ dan berhati-hati, maka beliau enggan untuk berdepan dengan Muktazilah di dalam perdebatan secara terbuka.
Hal tersebut dijadikan peluang oleh Muktazilah untuk menyebarkan fahaman songsang mereka kepada pemimpin bahawa kaum sunni iaitu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah tidak mempunyai dalil untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Muktazilah kerana keyakinan mereka yang tidak mampu membela kebatilan. Kaum Muktazilah juga menyebarkan fahaman bahawa kaum, Sunni tidak memiliki hujjah yang kuat untuk mempertahankan diri. Dengan ideologi yang disebarkan oleh golongan Muktazilah tersebut, maka para pemimpin di zaman itu berhasil diyakinkan bahawa ajaran Muktazilah memang benar dan memiliki hujjah-hujjah yang kuat. Sehingga pada akhirnya, terjadilah pemaksaan terhadap para ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah seperti al-Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain untuk mengakui akidah bahawasanya al-Quran itu makhluk. Bahkan pada saat itu, pemimpin memaksa masyarakat untuk mengakui bahawasanya al-Quran itu makhluk sehingga kepada Jabatan Hakim, Mufti dan saksi di dalam pengadilan hanya diberikan kepada mereka yang mengakui bahawa al-Quran itu makhluk.
Sebenarnya pada saat itu telah muncul pakar-pakar di dalam bidang agama seperti Abdul Aziz bin Yahya al-Kinani, al-Harith bin Asad al-Muhasibi, Abdullah bin Sa`id bin Kullab dan lain-lain yang mampu berdepan dengan golongan Muktazilah di dalam forum perdebatan. Hanya sahaja kerana mereka menjalani kehidupan zuhud dan sufi, mereka enggan untuk duduk bersama di dalam satu majlis dengan golongan Muktazilah yang dianggap sebagai ahli bid`ah. Mereka membantah ajaran songsang Muktazilah dengan menulis buku-buku yang berisi bantahan terhadap hujjah-hujjah terhadap ajaran Muktazilah. Hingga akhirnya, pada masa al-Qadhi Ismail al-Basri (199-282 H/814-896 M), yang menjawat sebagai jawatan Hakim agung di Baghdad, tampil al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang telah banyak menulis karya ilmu agama mengikut fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan menyusun kitab-kitab yang membantah golongan Muktazilah sehingga mematahkan semua hujjah-hujjah golongan Muktazilah dan memceh kekuatan mereka. Secara rutin al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari hadir di dalam majlis-majlis golongan Muktazilah dan berdebat dengan mereka sehingga akhirnya, suatu hari ada orang yang bertanya kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari: “Mengapa anda bergaul dengan ahli bid`ah (Muktazilah) dan menghadiri majlis-majlis mereka? Bukankah anda diperintahkan untuk menjauhi mereka?”, al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari menjawab: “Mereka itu orang-orang yang memiliki kedudukan penting di mata Gabenor dan Hakim. Dengan posisi mereka yang penting itu, mereka tidak mungkin datang kepadaku. Apabila mereka tidak mungkin datang kepadaku, lalu aku tidak mendatangi mereka, bagaimana mungkin kebenaran dapat dibukti, dan bagaimana mungkin mereka mengetahui Ahl al-Sunnah mempunyai pembela? Oleh kerana itu dengan terpaksa aku mendatangi mereka untuk menjelaskan kebenaran”.[4]



[1] Tabyin al-Kizb al-Muftari, h. 39-40 dan Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra, juz 3, h. 219
[2] Tabyin Kizb al-Muftari, h. 38, Wafayat al-A’yan, juz 3. h. 284 dan Tabaqat al-Syafi`eyyah al-Kubra, juz 3. h. 219.
[3] Hammudah Gharrabah(1973), Abu al-Hassan al-Asy`ari, Majmu’ al-Buhuth al-Islamiyyah, Cairo, h. 68
[4] Al-Hafiz Ibn Asakir(1347 H), Tabyin Kizb al-Muftari, al-Taufiq, Dimaskus, h. 68-69

Sunday, May 15, 2011

Puisi untukmu guru


Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
"Ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwudhu'lah..
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita maka bertakbirlah..
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...
Ketika gelombang kehidupan menghantam dan membuat tubuh ini jatuh tersungkur, maka ikhlaskanlah semua dan mendekatlah kepada-Nya...


Agar tunduk di saat yang lain berdiri angkuh,..
Agar teguh disaat yang lain runtuh....
Agar tegar di saat yang lain terlempar keluar...


Yaaa Illahi....Ya Rabbi.....
Kuatkanlah aku untuk dapat terus berjuang menuju redhamu.....
Untuk aku terus berjalan.......Di atas jalan yang Engkau redhai....
Anugerahkanlah aku hati yang senantiasa ikhlas dan redha atas segala ketetapanMu....


Aku mohonYa Allah kau kuatkan lah Hati ku ini..
Yang kadangkala teruji,dan tidak kuat untuk hadapi...
Kadangkala Hati ini terlalu lemah....


Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah.....

Amin Ya..Rabbal'Alamin.....
.