Sunday, May 20, 2012

Sudah Hampir setahun aku di shah alam

Bismillah..

Subhanallah wabihamdih...

Bersyukur ke hadrat ilahi masih diberi peluang untuk bernafas. Post kali ini aku tidak dapat sertakan gambar kerana keterhadan waktu dan keperluan.

Namun post kali ini dibuat setelah lama tidak membuat posting disini. Berbagai2 pekara yang berlaku sepanjang aku tidak menulis.

antaranya :-

1. Aku berjaya mengesan siapa yang Ahlul sunnah, mereka yang berselindung disebalik Ahlul sunnah serta gerakan wahabi yang sebenar.

2. Aku berjaya untuk stay di shah alam dalam tempoh yang hampir setahun sedangkan aku tidak pernah berada di luar kuantan untuk tempoh lebih dari 3 bulan. ini adalah 1 pencapaian yang terbaru setelah berlaku 1 revolusi terhadap diriku.

3. Aku lebih mengenali siapa kawan dan lawan. lawan tetap lawan namun yg lawan boleh jadi kawan.

Kesemua cerita2 ini akan aku ceritakan kelak. namun berbagai pekara untuk aku jelaskan. apa yang paling penting adalah kita semua berada di landasan Ahlul sunnah wal jamaah dan tak perlu nak hentam mana2 puak pun. Sebab xkan ada kerajaan yang sempurna di dunia ini sebelum munculnya Imam Al-Mahdi. kali ini aku memohon maaf kerana tidak dapat menyertakan dalil yang kukuh utk aku kongsikan. kerana hamba ini masih lagi kekurangan ilmu untuk memberi pencerahan, hanya layak menceritakan intro sahaja.

Semoga hidup kalian semua diberkati Allah. Bila melakukan ibadah pastikan seluruh anggota badan beserta hati dan akal bersatu, pastikan semuanya fokus dalam penyembahan. bila semuanya bersatu dalam ibadah dari situlah datangnya khusyuk. dari khusyuk itulah doa mudah dimakbulkan. selamat berjaya sahabatku semua. :)

Aiydil Al-Fathoni
21 May 2012 / 30 Jamadil akhir 1433 hijrah.
11.00 a.m.
Library ADTEC Shah Alam
"Ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwudhu'lah..
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita maka bertakbirlah..
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...
Ketika gelombang kehidupan menghantam dan membuat tubuh ini jatuh tersungkur, maka ikhlaskanlah semua dan mendekatlah kepada-Nya...


Agar tunduk di saat yang lain berdiri angkuh,..
Agar teguh disaat yang lain runtuh....
Agar tegar di saat yang lain terlempar keluar...


Yaaa Illahi....Ya Rabbi.....
Kuatkanlah aku untuk dapat terus berjuang menuju redhamu.....
Untuk aku terus berjalan.......Di atas jalan yang Engkau redhai....
Anugerahkanlah aku hati yang senantiasa ikhlas dan redha atas segala ketetapanMu....


Aku mohonYa Allah kau kuatkan lah Hati ku ini..
Yang kadangkala teruji,dan tidak kuat untuk hadapi...
Kadangkala Hati ini terlalu lemah....


Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah.....

Amin Ya..Rabbal'Alamin.....
.